Thursday, November 25, 2010

Pengenalan Isipadu Cecair


Pengenalan
 
Menyukat merupakan satu aktiviti yang amat penting dalam kehidupan seharian. Sukatan merupakan satu topik yang telah dimasukkan ke dalam kurikulum Matematik KBSR. Tujuan topik ini dimasukkan ke dalam kurikulum Matematik KBSR supaya murid dapat mengaplikasikan secara prkatikal dan menggunakannya dalam situasi kehidupan sebenar.
Sebenarnya sukatan dapat membantu murid mempelajari operasi nombor, ini kerana kebanyakan konsep Matematik dan prosedur adalah saling berkait antara sukatan dan konsep nombor. Sebagai contoh, menyukat kepada unit yang terdekat adalah sama seperti membundarkan nombor kepada nilai tempat yang terhampir.
Sukatan bukan sahaja amat berguna dalam kehidupan seharian malahan ianya merupakan topik merentas kurikulm kerana ianya bukan sahaja di pelajari dalam Matematik malahan ianya turut terkandung dalam kurikulum matapelajaran lain seperti Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Kajian Tempatan.
Sukatan yang hendak diukur dan dipelajari oleh murid terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, ukuran panjang, timbangan berat dan isipadu cecair. Dalam tajuk ini ianya akan membincangkan sukatan bagi isipadu cecair yang mula diperkenalkan kepada murid, melalui kurikulum Matematik KBSR untuk murid tahun 2.

Isipadu cecair
Mengajar murid tahun 2 untuk memahami menyukat isipadu cecair adalah bukan semudah yang disangka, ini kerana murid perlu mengetahui apa yang sebenarnya disukat dalam isipadu cecair.
Saya mengatakan begitu kerana ianya dapat dibuktikan melalui video di bawah :


Video ini didapati daripada http://www.youtube.com/watch?v=qYtNhNP69lk
 

Dalam video di atas menunjukkan seorang kanak – kanak yang menyatakan bahawa isipadu air di dalam bekas yang kemudiannya adalah lebih banyak daripada bekas asal, walaupun pada mulanya telah ditunjukkan kepada kanak – kanak tersebut bahawa isipadu air di dalam bekas asal adalah sama. 

Langkah – langkah Pengajaran Membina Konsep Isipadu Cecair Untuk Murid Tahun 2

Mengajar murid bagi topik isipadu cecair merupakan satu proses yang perlu dilakukan secara berperingkat dan mengikut langkah – langkah yang betul. Ini kerana untuk mengukuhkan pengetahuan mengenai konsep isipadu cecair itu sendiri kepada murid dan membetulkan tanggapan murid yang salah iaitu mengukur isipadu cecair melalui ketinggian bukan melalui kandungan cecair yang meliputi sesuatu ruang bekas.
Berikut adalah langkah – langkah cadangan bagi mengajar isi padu cecair kepada murid :
  •  Memahami maksud isipadu cecair
  •  Perbandingan langsung isipadu cecair
  •  Perbandingan tak langsung isipadu cecair
  •  Mengenapasti alatan tidak standard untuk menyukat isipadu cecair
  •  Menyukat isipadu cecair dengan menggunakan alat sukatan tidak standard
  •  Memperkenalkan sukatan standard untuk isipadu cecair 
  • Menyukat isipadu menggunakan sukatan standard liter (l)
 
Aktiviti Pengajaran Isipadu Cecair Untuk Kumpulan Murid Cerdas

Hasil Pembelajaran : Untuk mengukuhkan konsep isipadu cecair murid dengan membuat kesimpulan daripada aktiviti yang dijalankan.
Sumber : Tiga bekas berbeza yang ditanda dengan A, B dan C, cawan penyukat, dan baldi.


Contoh bekas yang berbeza yang boleh digunakan oleh guru.

Prosedur pembelajaran :
1.                  Bekas A, B dan C diisi dengan cecair berwarna dengan sukatan yang sama banyak (contoh 2 cawan).
2.                  Guru bertanya kepada murid adakah cecair yang terdapat di dalam bekas A, B dan C sama banyak?
3.                  Guru mengarahkan murid menyukat setiap bekas A, B dan C menggunakan cawan penyukat yang sama.
4.                  Murid mencatatkan keputusan di dalam lembaran kerja.
5.                  Murid membuat kesimpulan daripada aktiviti.

Lembaran kerja

Isikan jawapan anda di dalam ruang yang disediakan.
1.                  Adakah cecair di dalam bekas A, B dan C sama banyak?
Sama / Tidak sama
2.                  Sukat cecair di dalam bekas A, B dan C dengan menggunakan cawan penyukat yang disediakan. Catatkan bilangan cawan cecair yang disukat di dalam jadual dibawah.

Bekas
Sukatan
A
__________ cawan
B
__________ cawan
C
__________ cawan

3.                  Isipadu cecair bagi bekas A, B dan C adalah sama / tidak sama banyak.
4.                  Isipadu cecair boleh / tidak boleh disukat melalui ketinggian paras air.
5.                  Cara yang terbaik untuk mengetahui isipadu cecair di dalam sesuatu bekas ialah dengan menggunakan bekas penyukat yang sama / tidak sama.


Aktiviti Pengajaran Isipadu Cecair Untuk Kumpulan Murid Lemah

Hasil Pembelajaran : Untuk membolehkan murid lebih memahami dengan konsep isipadu melalui aktiviti yang dijalankan.
Sumber : 2 buah bikar yang sama saiz ditanda dengan A1 dan A2, 1 buah bikar saiz yng berbeza ditanda dengan B

2 buah bikar yang sama

Bikar saiz berlainan

Prosedur pembelajaran :
1.                  Bikar A1 dan bikar A2 diisi dengan cecair dengan paras yang sama tinggi.
2.                  Guru bertanya kepada murid adakah isipadu air dalam kedua – dua bekas sama?
3.                  Cecair dalam satu bikar A2 dimasukkan ke dalam satu bikar B.
4.                  Guru bertanya kepada murid adakah isipadu air di dalam kedua – dua bekas sama?
5.                  Cecair di dalam bikar B dimasukkan semula ke dalam bikar A2.
6.                  Guru bertanya kepada murid adakah isipadu dalam kedua dua bekas sama?
7.                  Murid mencatatkan pemerhatian di dalam lembaran kerja.
8.                  Murid membuatkan kesimpulan daripada pemerhatian.

Lembaran kerja

Bulatkan jawapan yang betul
1.                  Adakah bikar A1 dan dan A2 mempunyai isipadu cecair yang sama?
Ya / Tidak
2.                  Adakah bikar A2 dan B mempunyai isipadu cecair yang sama?
Ya / Tidak
3.                  Cecair dari bikar B dituang semula ke dalam bikar A2.
Adakah isipadu bikar A1 dan A2 adalah sama?
Ya / Tidak
4.                  Isipadu cecair yang sama berubah / tidak berubah jika dimasukkan ke dalam bekas yang berbeza.
5.                  Isipadu cecair boleh di sukat dengan mengukur paras cecair.
Ya / Tidak